Saturday, June 11, 2011

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia

 

  • Bintang (14 Bucu)
  • Bulan Sabit
  • Keris Bersilang
  • Perisai
  • Bunga Padi
  • Harimau
  • Pengertian warna (Emas, Kuning, Biru, Hitam, Putih )

MOTO SPRM
  • Amanah - Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.
  • Tegas - Menjalankan penyiasatan terhadap semua perlakuan rasuah secara objektif dan tanpa pilih kasih.
  • Adil - Bertindak secara saksama tanpa prasangka dan berat sebelah dalam semua keadaan berteraskan keluhuran undang-undang.
Bintang (14 Bucu)
Mencerminkan kecemerlangan dan kegemilangan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan yang bebas rasuah, warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang paling tinggi.

Bulan Sabit
Bulan sabit mencerminkan agama Islam yang juga merupakan agama rasmi negara ini. Pengetahuan agama dan ketaqwaan dapat menghindar diri dari perbuatan rasuah.

Keris Bersilang
Melambangkan kuasa yang dimiliki oleh pegawai-pegawai SPRM seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang Negara dalam melaksanakan tugas mencegah jenayah rasuah, sedia berjuang demi mendukung hasrat semua warga walau seribu rintangan dan cabaran, tetap mara ke hadapan.

Perisai
Melambangkan alat mempertahankan diri. Ia memberi maksud bahawa tugas risikan yang dilaksanakan dengan cekap dan berkualiti dengan identiti pemberi maklumat dirahsiakan.

Bunga Padi
Melambangkan kemajuan, kemakmuran dan kejayaan, dalam masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika. Segala aduan yang diterima akan dijalankan siasatan sewajarnya tanpa prasangka dengan amanah, tegas dan adil.

Harimau
Melambangkan keberanian dan kekuatan dalam melaksanakan segala tugas walau seribu rintangan dan cabaran tetap mara kehadapan.

14 Jalur Putih dan Merah
Mencerminkan aktiviti pendidikan tentang rasuah dan kesan buruknya, merangkumi seluruh negeri di Malaysia.

Tulisan Jawi
Melambangkan semangat mempertahankan pusaka bangsa dan khazanah negara agar dapat diwarisi oleh genarasi yang akan datang.

Pengertian warna (Emas, Kuning, Biru, Hitam, Putih)
Emas
Melambangkan perjuangan yang paling berharga iaitu membanteras jenayah rasuah demi mencapai kejayaan yang tidak ternilai iaitu Negara yang bebas rasuah.

Kuning
Melambangkan adil iaitu keadilan adalah salah satu daripada piagam pelanggan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam apa jua keputusan yang diambil tanpa mengira pangkat dan bangsa.

Biru
Mencerminkan amanah dan harmoni. Ini bermaksud bahawa di samping menguatkuasakan undang-undang, badan ini juga merangka dan melaksanakan kempen pencegahan rasuah melalui program penerangan, pendidikan, dan perhubungan masyarakat.

Hitam
Melambangkan kejituan dan kemantapan semangat yang padu dan perjuangan yang ampuh.

Kelabu Gelap
Warna kelabu adalah warna neutral yang terletak di antara putih dan hitam, yang melambangkan kebebasan dan ketelusan SPRM dalam usaha pembanterasan jenayah rasuah tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Merah
Melambangkan semangat perjuangan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara walau terpaksa menumpahkan darah.

Putih
Melambangkan jiwa yang bersih dalam perjuangan yang suci menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran.

sumber : http://www.ksdr.org.my/2009/04/sprm-penjelasan-logo.html