Sunday, December 5, 2010

Kesan Buruk Dari Rasuah

Rasuah adalah haram di dalam Islam disebabkan kesan yang dibawanya ke dalam sesebuah masyarakat dan Negara. Saya tidak berhasrat untuk menghurai panjang dalam bab ini, cukuplah dinyatakan isi utama yang sempat difikirkan. Sebagai huraian ringkas ia seperti berikut :-

1) Jalan Mudah ke Neraka. Bagi Muslim khususnya, rasuah mencerahkan peluang seseorang untuk ke Neraka.

2) Menghancurkan keadilan dalam masyarakat. Tiada lagi jaminan penjagaan harta, maruah, nyawa dan diri seseorang. Semuanya boleh dibeli.

3) Melahirkan masyarakat yang tiada kemahiran dan skill. Jumlah masyarkat yang cekap , mahir dalam tugasan dan ilmu akan berkurangan kerana ‘skill’ dan ilmu kemahiran semakin tiada erti lagi, yang lebih beerti adalah siapa lebih cekap menyogok.

4) Muncul masyarakat yang pentingkan diri sendiri. Masing-masing memikirkan diri mereka semata-semata tanpa memikirkan kesan buruk terhadap mangsa bagi jangka pendek dan Negara bagi jangka panjang.

5) Menghasilkan hasil kerja yang buruk. merbahayakan keselamatan dan keharmonian. Kontrak kerja yang diberi secara rasuah kepada pengusaha yang bukan kerana merit tetapi kerana sogok, mendedahkan bahaya kepada orang ramai disebabakn kerjanya tidak berkualiti.

6) Kos pengurusan akan meningkat. Semua syarikat pengusaha baru terutamanya semakin sukar berkembang akibat kos meningkat kerana peruntukan kos rasuah diperlukan.

7) Pengurusan pentadbiran menjadi lewat dan lembap. Pengurusan sengaja melengahkan kerja kerana menunggu rasuah tertinggi. Pertambahan proses birokrasi juga boleh menambah kelembapan, kerana mungkin semua tahap pegawai inginkan rasuah terlebih dahulu sebelum memproses permohonan dan lain-lain.

8) Muncul si jahat yang bertambah jahat. Kaki makan rasuah menikmati hasil rasuah dan memberikan kelaurga makan harta rasuah. Justeru, Seluruh keluarganya bakal menjadi kaki rasuah di setiap sector selepas ini. Maka bertambah si jahat dan yang telah jahat akan semakin bertamabh jahat. Firman Allah s.w.t :-

فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللّهُ مَرَضاً

Ertinya : Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya ” ( Al-Baqarah : 10 )
Maka sesiapa yang membiarkan perutnya dan keluarganya diisi dengan hasil rasuah Tanpa taubat yang sebenar, Allah SWT akan membiakkan lagi peluang dan ruangnya untuk menjadi orang yang celaka, dan mendapat keluarga yang bakal runtuh, kecoh dan hancur.

9) Menyebabkan pembahagian kekayaan yang tidak seimbang. Kaya bertambah kaya dan miskin bertambah miskin. Yang miskin sukar memperbaiki dirinya kerana tidak punayi ‘cable’ yang baik, wang yang tidak mencukupi.