Sunday, December 5, 2010

mengapa tidak melaporkan rasuah kepada pihak berkuasa?

1) Tidak punyai bukti bertulis atau jika ia miliknya sekalipun ia tergolong dalam katergori dokumen rahsia rasmi. Jika didedahkan si pelapor pula yang akan ditangkap di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Masalah ini mestilah diselesaikan oleh pihak berkuasa jika benar-benar serius dalam usaha membanteras rasuah.

2) Tidak sampai hati untuk melapor kerana mereka yang terlibat adalah rakan dan kenalan rapat.

Bagi sesiapa yang terlibat dalam kategori ini, sedarialh anda turut berdosa kerana bersubahat.

3) Bersikap tidak peduli yang berpegang dengan falsafah ‘lantak hang la, asalkan tidak libat aku, sudah’.

Ini juga dikira berdosa di dalam Islam.

4) Malas untuk terlibat dan ulang alik ke mahkamah untuk keterangan di sana dan di sini.

Sepatutnya, tiada malas dalam menjalankan tugas memerangi mungkar dan kemaksiatan. Malas begini menandakan hati yang semakin ‘mati’ dari iman.

5) Takut diri sendiri terjerat apabila kerahsiaan dirinya sebagai pelapor tidak di jamin selamat.

Ini juga perlu di selesaikan oleh pihak berkuasa. Tanpanya, semua hanya akan berdiam diri.

6) Kurang yakin kepada pihak berkuasa. Bimbang pihak berkuasa juga akan dirasuah hingga akhirnya si pelapor pula yang dibuang kerja atau di ambil tindakan.

Pihak berkuasa perlu berusaha meningkatkan keyakinan masyarakat kepada mereka. Keyakinan tidak boleh dipaksa-paksa, ia akan dating dengan pembuktian tahap kesungguhan mereka.

7) Takut kerana individu yang terlibat rasuah itu punyai ‘cable’, jawatan tinggi , hebat dan besar.

Bagi keadaan ini, ia adalah tanda kehancuran sedang menanti bagi Negara yang punyai keadaan ini.

sumber : http://www.google.com.my/