Saturday, June 11, 2011

Usaha Mengatasi Rasuah

Tahun 2009 memperlihatkan cabaran yang paling getir bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Bermula dengan pelancaran penubuhannya pada 24 Februari 2009 hinggalah SPRM menyambut ulang tahunnya yang pertama pada tahun ini, SPRM tidak pernah sunyi dari kritikan dan kecaman pelbagai pihak yang menganggap ianya sebagai sebuah suruhanjaya yang tidak bebas.

Kes kematian Setiausaha politik di Selangor merupakan satu faktor menyemarakkan lagi kemarahan segelintir masyarakat terhadap SPRM.  Suruhanjaya ini dilabel sebagai berat sebelah, menjalankan siasatan dan pendakwaan terpilih, tidak bebas dan dijadikan alat parti pemerintah untuk menjatuhkan pihak lawan.
Perubahan status dari sebuah agensi yang dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya dilihat sebagai perubahan pada nama semata-mata dan tidak akan mampu memberi kesan kepada keberkesanan usaha-usaha memerangi rasuah di negara ini. Masyarakat dikatakan masih belum berpuas hati dengan hasil yang diberikan oleh SPRM walaupun beberapa pembongkaran kes-kes berprofil tinggi dan kepentingan awam dibuat dari semasa ke semasa. Bagi segelintir rakyat, itu semua cuma ikan-ikan bilis dan kes-kes kambing hitam bagi menutup penyelewengan yang lebih besar. Tangkapan dan pendakwaan dalam tahun 2009 ke atas beberapa tokoh berjawatan tinggi seperti Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Ahli Politik dan Ketua-Ketua Jabatan dikategorikan sebagai ikan-ikan bilis dan masih belum cukup untuk membuktikan bahawa SPRM telus dan tegas dalam memerangi jenayah rasuah.
Sepanjang tahun 2009 lalu, SPRM telah menerima sebanyak 5,825 maklumat yang mempunyai asas untuk tindakan siasatan dan perisikan. Sebanyak 937 kertas siasatan telah dibuka yang melibatkan tangkapan seramai 500 orang. Sehingga 31 Disember 2009, seramai 176 orang telah dituduh di mahkamah. Ia melibatkan 89 orang pegawai kerajaan, 14 orang ahli politik (11 dari Barisan Nasional dan 3 orang dari Pakatan Rakyat). 17 orang pegawai kanan syarikat swasta (berpangkat CEO, Pengurus, Pengarah Urusan, Pengarah Syarikat, Peguam dan Jurutera) dan 56 orang awam.

Melihat kepada pendakwaan kes-kes yang melibatkan ahli politik dalam tahun 2009, adalah tidak wajar sekiranya SPRM dituduh sebagai suruhanjaya yang berat sebelah dan hanya menumpukan kepada kes-kes melibatkan Pakatan Rakyat semata-mata. Jumlah 11 ahli politik dari Barisan Nasional berbanding hanya 3 dari pakatan rakyat jelas menidakkan tohmahan ini. Telah menjadi suatu trend di pihak Pakatan Rakyat khasnya di negeri Selangor bilamana diketahui akan ada siasatan dan tangkapan ke atas anggotanya maka semua media di jemput hadir untuk mensensasikan kes tersebut. Ia dibuat bagi memutarbelitkan cerita dengan mengatakan ia suatu konspirasi untuk menjatuhkan pembangkang. Pembohongan demi pembohongan dihebahkan dengan tujuan untuk menutup kes sebenar. Ini jelas berlaku dalam kes kecurian pasir baru-baru ini. Menurut laporan media, SPRM telah pun memulakan penyiasatan sejak awal tahun 2009 lagi dengan melibatkan beberapa negeri termasuk Perak, Kuala Lumpur, Johor, Pahang dan Selangor. Beberapa siri tangkapan telah pun dibuat sebelum tangkapan ke atas individu yang berkaitan pemimpin Pakatan Rakyat di Negeri Selangor. Tiada satu berita pun dihebohkan ke atas tangkapan lain-lain negeri, malahan terdapat satu kes pertuduhan dan pengakuan salah di Negeri Perak tidak mendapat publisiti secara meluas. Namun, apa yang berlaku di Selangor, media terlebih dahulu dipanggil oleh Pakatan Rakyat untuk menghalang pegawai-pegawai SPRM daripada melakukan tugas mereka. Siasatan dan tangkapan yang hendak dibuat oleh pegawai-pegawai SPRM dipolemikkan seolah-olah cuba menjatuhkan keseluruhan kerajaan negeri Selangor. Inilah main politik  yang selalu dimain-mainkan oleh Pakatan Rakyat demi untuk menutup kelemahan mereka sendiri dan menanamkan kebencian masyarakat terhadap agensi penguat kuasa. Apa yang menyedihkan ialah golongan inilah yang sering dianggap sebagai hero walhal merekalah sebenarnya yang korup. SPRM dianggap sebagai tidak telus dan beragenda politik bila berdepan dengan siasatan kes-kes rasuah yang melibatkan Pakatan Rakyat. Apakah pemimpin-pemimpin pakatan rakyat ini benar-benar bersih dan tidak boleh disentuh langsung?

Laporan akhbar berhubung siasatan terhadap Setiausaha Politik seorang Menteri heboh diperkatakan di media massa. Namun, tiada seorang pun pimpinan Barisan Nasional yang melompat berhubung isu tangkapan ini. SPRM dan media arus perdana dilihat sebagai double-standard kerana memperbesar-besarkan isu-isu yang melibatkan pakatan rakyat dan hanya mendiamkan kes-kes yang melibatkan pemimpin Barisan Nasional. Dengan mengambil contoh kes ini, SPRM dikatakan cuba melindungi siasatan kes tersebut dan akan menghebahkannya sekiranya yang ditangkap adalah ahli pakatan rakyat. Tanggapan ini sungguh mengelirukan kerana selama ini yang mengheboh-hebohkan sesuatu isu adalah pemimpin-pemimpin pakatan rakyat itu sendiri. Cuba lihat siapa yang kecoh semasa proses awal siasatan kes penyelewengan peruntukan ADUN di Selangor sebelum kes kematian tersebut berlaku. Cuba imbas kembali bagaimana beberapa ADUN Pakatan Rakyat membuat demonstrasi dan bantahan terhadap siasatan SPRM ini sejak dari awal lagi. Begitu juga kes kecurian pasir, siapakah yang memanggil pihak media?  Sudah tiba masanya, masyarakat didedahkan dengan taktik dan tipu helah pakatan pembangkang yang hanya pandai bersandiwara dan menipu rakyat.

Baru-baru ini juga, SPRM telah mengambil langkah drastik untuk mengumumkan hasil siasatan kes. Langkah ini bagus demi menunjukkan ketelusan dalam tindakannya. Ada pihak yang menyokong dan ada juga yang mencemuh kerana kebanyakan kes yang diumumkan semuanya ditutup. Salah satu kes yang di umum tutup ialah kes melibatkan Ketua Menteri Melaka. Terdapat juga sesetengah pihak yang mempertikaikan keputusan tersebut dan membandingkan hasil siasatan Lembaga Disiplin UMNO dengan siasatan SPRM. Isu ini juga diambil kesempatan dan diputarbelitkan demi memalukan SPRM sedangkan mereka sendiri faham proses undang-undang di negara ini. Sekali lagi ia dipolitikkan dan diputarbelitkan oleh pihak-pihak tertentu. Untuk pengetahuan masyarakat, siasatan kes-kes rasuah yang dibuat oleh SPRM adalah berlandaskan undang-undang dan memerlukan beban pembuktian yang cukup kukuh sehingga mencapai tahap “beyond reasonable doubt”. Ianya melibatkan saksi, dokumen dan lain-lain bukti yang mampu menyokong kes tersebut. Bagi Lembaga Disiplin UMNO, siasatan kes dibuat hanya berasaskan kepada peraturan dan beban pembuktian pula hanya di tahap “balance probablity”. Alangkah bagusnya, sekiranya tahap pembuktian di negara ini ditetapkan pada tahap “balance probablity” dan semasa itu kita boleh lihat semua kes dibawa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman. Ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh pihak yang suka kepada fitnah dan menjatuhkan orang lain dengan cara mudah.

SPRM sendiri telah menjelaskan bahawa kebanyakan kes yang ditutup bukan kerana mereka bebas rasuah tetapi disebabkan tiada cukup bukti untuk mensabitkan kesalahan tersebut. Ada juga tanggapan menyatakan bahawa alasan tidak cukup bukti tidak boleh dijadikan alasan. Bukti-bukti berkenaan boleh dicari. Tanggapan ini perlu diperbetulkan. Proses siasatan merupakan proses mencari kebenaran. SPRM tidak boleh mengadakan-adakan bukti yang tiada dan mendakwa seseorang hanya berasaskan sentimen. Dalam proses siasatan, keterangan saksi dengan disokong oleh dokumentasi sebagai bahan bukti wajar di kumpul untuk memperkukuhkan sesuatu dakwaan. Adalah tidak adil untuk SPRM mempengaruhi saksi dan membuat dokumen hanya kerana ingin mendakwa seseorang.

Seperkara lagi, sesuatu keputusan kes sama ada ia untuk pendakwaan atau sebaliknya kini bukan di tangan Timbalan Pendakwa Raya semata-mata. Di bawah Akta SPRM 2009, Panel Penilai Operasi yang dianggotai oleh masyarakat dari pelbagai sektor juga mempunyai kuasa untuk melihat dan menilai apa jua keputusan yang dibuat ke atas sesuatu kes. Oleh itu, tidak timbul lagi soal kes-kes tersebut diperap atau ditutup secara rahsia.
Perubahan struktur SPRM di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 sebenarnya memperlihatkan elemen-elemen ketelusan, kebebasan dan profesionalisme SPRM. Penubuhan Lembaga Penasihat SPRM, Panel Penilaian Operasi, Jawatankuasa Aduan, Panel Penasihat Pencegahan dan Pendidikan yang dianggotai individu yang berintegriti, dihormati dan disegani memperlihatkan keseriusan SPRM dan Kerajaan untuk menjadikan suruhanjaya ini bebas dan dihormati.
Media massa sewajarnya memainkan peranan yang lebih luas bagi mendidik masyarakat berhubung perkara ini. Ia penting bagi meningkatkan pengetahuan dan menyedarkan masyarakat agar tidak dipengaruhi oleh ahli-ahli politik yang sering menggunakan isu rasuah sebagai agenda untuk memfitnah dan menjatuhkan kumpulan yang lain. Masyarakat diharap tidak mudah percaya dengan pembohongan yang dibuat oleh ahli-ahli politik yang mengaku memperjuangkan Islam dalam hal yang lain memutarbelitkan isu-isu tertentu untuk kepentingan diri serta memecahbelahkan rakyat.

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia

 

  • Bintang (14 Bucu)
  • Bulan Sabit
  • Keris Bersilang
  • Perisai
  • Bunga Padi
  • Harimau
  • Pengertian warna (Emas, Kuning, Biru, Hitam, Putih )

MOTO SPRM
  • Amanah - Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.
  • Tegas - Menjalankan penyiasatan terhadap semua perlakuan rasuah secara objektif dan tanpa pilih kasih.
  • Adil - Bertindak secara saksama tanpa prasangka dan berat sebelah dalam semua keadaan berteraskan keluhuran undang-undang.
Bintang (14 Bucu)
Mencerminkan kecemerlangan dan kegemilangan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan yang bebas rasuah, warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang paling tinggi.

Bulan Sabit
Bulan sabit mencerminkan agama Islam yang juga merupakan agama rasmi negara ini. Pengetahuan agama dan ketaqwaan dapat menghindar diri dari perbuatan rasuah.

Keris Bersilang
Melambangkan kuasa yang dimiliki oleh pegawai-pegawai SPRM seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang Negara dalam melaksanakan tugas mencegah jenayah rasuah, sedia berjuang demi mendukung hasrat semua warga walau seribu rintangan dan cabaran, tetap mara ke hadapan.

Perisai
Melambangkan alat mempertahankan diri. Ia memberi maksud bahawa tugas risikan yang dilaksanakan dengan cekap dan berkualiti dengan identiti pemberi maklumat dirahsiakan.

Bunga Padi
Melambangkan kemajuan, kemakmuran dan kejayaan, dalam masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika. Segala aduan yang diterima akan dijalankan siasatan sewajarnya tanpa prasangka dengan amanah, tegas dan adil.

Harimau
Melambangkan keberanian dan kekuatan dalam melaksanakan segala tugas walau seribu rintangan dan cabaran tetap mara kehadapan.

14 Jalur Putih dan Merah
Mencerminkan aktiviti pendidikan tentang rasuah dan kesan buruknya, merangkumi seluruh negeri di Malaysia.

Tulisan Jawi
Melambangkan semangat mempertahankan pusaka bangsa dan khazanah negara agar dapat diwarisi oleh genarasi yang akan datang.

Pengertian warna (Emas, Kuning, Biru, Hitam, Putih)
Emas
Melambangkan perjuangan yang paling berharga iaitu membanteras jenayah rasuah demi mencapai kejayaan yang tidak ternilai iaitu Negara yang bebas rasuah.

Kuning
Melambangkan adil iaitu keadilan adalah salah satu daripada piagam pelanggan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam apa jua keputusan yang diambil tanpa mengira pangkat dan bangsa.

Biru
Mencerminkan amanah dan harmoni. Ini bermaksud bahawa di samping menguatkuasakan undang-undang, badan ini juga merangka dan melaksanakan kempen pencegahan rasuah melalui program penerangan, pendidikan, dan perhubungan masyarakat.

Hitam
Melambangkan kejituan dan kemantapan semangat yang padu dan perjuangan yang ampuh.

Kelabu Gelap
Warna kelabu adalah warna neutral yang terletak di antara putih dan hitam, yang melambangkan kebebasan dan ketelusan SPRM dalam usaha pembanterasan jenayah rasuah tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Merah
Melambangkan semangat perjuangan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara walau terpaksa menumpahkan darah.

Putih
Melambangkan jiwa yang bersih dalam perjuangan yang suci menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran.

sumber : http://www.ksdr.org.my/2009/04/sprm-penjelasan-logo.html

Thursday, March 3, 2011

Nik Aziz Dan Rasuah?

Baru baru ni heboh dikatakan Nik Aziz memberi rasuah kepada orang asli. Banyak blog memainkan isu ini.

Mengikut cerita Harakahkahkah, Nik Aziz islamkan 3 orang asli di Kampung Sandrop.





Inilah gambau yang disiarkan oleh pihak PAS. Hanya gambau Nik Aziz mengislamkan 3 orang asli ini tadi.

Manakala gambau dibawah disebarkan oleh blogger lain mengenai duit rasuah kepada orang asli berkenaan.




Pada pendapat peribadi aku, mungkin Nik Aziz tidak memberikan rasuah sebaliknya hadiah atau saguhati kepada saudara baru. Saudara baru dibenarkan mendapat bantuan zakat. Jadi adakah wang zakat itu dikategorikan sebagai rasuah?

Sumbangan atau hadiah kepada saudara baru tidak ditegah malah digalakkan sebagai perhargaan kepada mereka. Ini juga menunjukkan kita menerima mereka sebagai saudara baru kita.

Lagipun dilaporkan Nik Aziz hanya memberi wang berkenaan kepada 3 orang saudara baru sahaja. Bukannya kepada seluruh penduduk kampung. Jadi adakah itu dikatakan rasuah?

Sebenarnya banyak benda kita boleh simpulkan melalui sekeping gambau. Ingatlah sekeping gambau memberikan 1001 satu pengertian.

Memang banyak dosa puak PAS kepada kita. Mereka menuduh kita memberi rasuah dan pelbagai tohmahan jahat. Tetapi itu tidak menghalalkan kita untuk menuduh mereka kembali. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Biarlah mereka terus menuduh kita dan kita serahkan semuanya kepada Allah s.w.t. Sekiranya tuduhan mereka tidak benar, maka kebenaran akan tetap menyebelahi kita insyaallah. 

sumber : http://malaysiaheaven.blogspot.com/2010/11/nik-aziz-dan-rasuah.html

Memerangi rasuah perlu komitmen semua sektor


Seperti najis dadah, rasuah juga musuh utama negara yang wajib diperangi. Dalam konteks ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai tanggungjawab yang cukup besar dan mencabar dalam memerangi rasuah di negara ini. Rasuah boleh berlaku di mana-mana sahaja, tidak kira dalam agensi kerajaan mahupun swasta. Rasuah ada pemberi dan penerimanya.
Ia tidak akan berlaku jika salah satu pihak menolak amalan yang menjijikkan itu. Kaedah memberi rasuah juga pelbagai dan semakin licik sifatnya. Justeru, ia bukan perkara yang mudah bagi SPRM untuk membendungnya.
Namun, dengan iltizam dan kekentalan semangat yang tinggi, SPRM bersedia mendepani segala cabaran dan rintangan untuk menjadikan Malaysia negara yang bebas dan bersih daripada gejala rasuah. Melalui aspirasi dan slogan SPRM 2010, iaitu ‘Bersama Lakukan Perubahan, Perangi Rasuah’ yang dilancarkan oleh Ketua Pesuruhjaya, Datuk Abu Kassim Mohamed sempena ulang tahun pertama penubuhannya pada 9 Mac lalu, ia telah meningkatkan kesedaran di kalangan penjawat awam dan masyarakat tentang kesan dan bahaya rasuah.
SPRM ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2009 bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Pada 26 April lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah merasmikan kempen ‘Hindar Menerima, Perangi Pemberi Rasuah’. Kempen itu bertujuan mencetuskan motivasi dan meningkatkan integriti penjawat awam dengan menolak amalan rasuah, di samping melakukan perubahan minda ke arah pencapaian agenda transformasi negara.
Seperti yang disebut Mohd Sidek, mesej dan matlamat kempen itu adalah mudah, iaitu penjawat awam tidak boleh dirasuah. Kempen itu juga bertujuan menyedarkan orang awam bahawa pemberi rasuah juga tidak terlepas daripada tindakan undang-undang. Dalam ucapan perasmian kempen tersebut, beliau menyebut bahawa pelaksanaan dan kejayaan kempen ini banyak bergantung kepada komitmen dan kerjasama semua ketua agensi.
Kesedaran yang tinggi di kalangan pegawai dan anggota perkhidmatan awam mengenai ‘najis’ dan jenayah rasuah akan menjadikan mereka lebih tegas dan berani menolak pujukan serta godaan pemberi rasuah. Peningkatan tahap integriti ini amat selari dengan komitmen kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu mewujudkan sebuah pentadbiran yang ‘mendahulukan rakyat’ dan ‘mengutamakan pencapaian’ seperti yang terkandung dalam gagasan ’1Malaysia’.
Justeru, usaha memerangi rasuah menjadi agenda utama pentadbiran beliau supaya aspirasi dan kehendak rakyat benar-benar menjadi kenyataan.
Ini terbukti apabila usaha membanteras rasuah turut dijadikan salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diberikan perhatian penting di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP). Warga perkhidmatan awam dikehendaki memberi fokus kepada penyampaian perkhidmatan yang efisien dan efektif dengan menampilkan nilai etika kerja dan tahap integriti yang tinggi.
GTP yang telah dilancarkan oleh Najib pada 28 Januari lalu bertujuan membawa perubahan perkhidmatan awam ke arah menyediakan perkhidmatan yang melangkaui jangkaan semua segmen rakyat dan pelanggan. Ini membuktikan bahawa gagasan ’1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ adalah gagasan serius yang menuntut warga perkhidmatan awam melakukan transformasi minda, etika kerja dan kaedah penyampaian perkhidmatan bagi mendukung agenda dan aspirasi negara.
Sektor perkhidmatan awam hari ini lebih menjurus kepada memudah dan mempercepat urusan pelanggan, sama ada urusan orang ramai ataupun sektor swasta tanpa banyak proses dan prosedur serta kerenah birokrasi. Cara ini didapati berupaya membendung berleluasanya amalan rasuah dalam perkhidmatan yang diberikan. Penubuhan Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (Pemudah) telah berjaya membentuk kerjasama sektor awam dan sektor swasta. Melalui Pemudah, banyak proses dan prosedur lapuk dan menyukarkan telah dapat dihapuskan atau dikurangkan.
Hasilnya, tempoh masa kelulusan sesuatu permohonan itu dipendekkan apabila berurusan di jabatan dan agensi kerajaan. Keputusan perniagaan seperti pemberian kontrak, perolehan, dan sebagainya dapat dilakukan dengan lebih efisien tanpa melalui ‘jalan belakang’. Hakikatnya, banyak kemajuan sudah dirasai oleh mereka yang berurusan dengan sektor awam hari ini.
Misalnya, pendaftaran perniagaan boleh selesai dalam tempoh tiga hari, permohonan pasport selesai dalam tempoh dua jam dan pendaftaran hartanah dilakukan dalam tempoh dua hari.
Begitu juga dengan penggunaan MyID untuk semua urusan individu dengan pelbagai agensi kerajaan amat memudahkan kerana kita perlu mengingati satu nombor sahaja. Penggunaan MyCOID untuk semua urusan perniagaan telah menjadikan kerajaan lebih mesra perniagaan.
Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) turut dimanfaatkan oleh kerajaan melalui talian dalam banyak urusan. Melalui Internet, pembayaran dan transaksi boleh dilaksanakan pada bila-bila masa dan di mana-mana. Kini, terdapat 1,277 perkhidmatan dalam talian di pelbagai agensi perkhidmatan awam bagi memudahkan urusan orang ramai menggunakannya.
Kesimpulan, pelbagai pembaharuan yang dilakukan dalam perkhidmatan awam itu mampu menutup ruang dan peluang berlakunya rasuah di kalangan penjawat awam. Rakyat kini semakin yakin dengan agensi kerajaan, terutamanya agensi pengawalseliaan dan penguatkuasaan. Melalui peningkatan integriti ini, maka hasrat kerajaan untuk mempertingkat daya saing negara di persada antarabangsa akan menjadi realiti.
- UTUSAN
Berikut adalah beberapa bentuk kesalahan rasuah secara umum :-
Meminta/Menerima Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.
Menawar/Memberi Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.
Membuat Tuntutan Palsu
Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.
Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

sumber : 4ayesha.blogspot.com/.../gejala-rasuah-bentuk-kesan.html 

Saturday, February 19, 2011

sehelai surat saman


        “ Biar abang bawa. Nanti kena saman lagi,”
    Dhaniah mencebik. Zaki tersenyum sambil membuka pintu kereta. Dhaniah pula tanpa banyak bicara terus mengambil tempat di tempat sebelah duduk penumpang. Biarlah Zaki sahaja yang memandu. Dia boleh bersantai di sebelah. Sebaik sahaja kereta bergerak, spontan bibirnya mula melantun kata. Pebagai peristiwa sepanjang persediaan majlis sehingga majlis selesai bermain di kepalanya. Semuanya mahu dikongsi dengan Zaki. Zaki pula terbuai leka mendengar celoteh isterinya sambil memandang inai yang masih merah di jari setiap kali tangan Dhaniah terawang-awang sambil mulut riuh bercerita. Tidak sangka isterinya ini begitu peramah orangnya. Sesekali dia turut tergelak mendengar cerita lucu dari bibir Dhaniah. Namun, bunyi siren di belakangnya menyentap lekanya. Dari cermin dia terlihat sebuah motor besar cuba memotong keretanya sambil melambai.
        “ Kita langgar lampu merah ke? “ tanya Zaki.
   Dhaniah melopong sambil mengangkat bahunya menunujukkan dia tidak tahu. Zaki lantas memperlahankan kereta ke gigi jalan. Dhaniah memusingkan kepalanya.
        “ Agaknya la bang ,” ujarnya perlahan apabila melihat kenderaan lain berhenti di lampu isyarat yang baru sahaja suaminya lepasi.
       “ Kahwin saja dengan Yah, terus abang kena saman.” Dhaniah tersengih .
       “ Mana dompet abang? Abang nak ambil lesen.”
       “ Hah ?” Dhaniah terdiam seketika.
      “ Wallet. Kan abang suruh Yah ambil tadi sebelum kita keluar.”
      “ Yah tak dengar bang !” Zaki ternganga.
      “ Dhaniah Osman !“
      “ Ya , Zaki Hj Nordin !”
Ketukan di pintu keretanya membantutkan rasa geram yang bertandang . Mereka berpaling. Seorang polis trafik bermisai tebal sudah tercegat sambil memeluk tubuh.
*                                                              *                              
       “ Alamak ! Mampus aku,” getus Dhaniah sambil mengetap bibirnya. Keretanya diperlahankan sebelum dia berhenti di gigi jalan. Ketukan perlahan di cermin keretanya memaksa dia berpaling. Cermin keretanya diturunkan. Lelaki berkaca mata hitam dan beruniform putih itu melemparkan sekuntum senyuman. Manis, tetapi dia tidak ada hati untuk membalas juga senyuman itu dengan senyuman manis. Sekarang , hatinya kecut.
       “ Selamat petang cik,” Dhaniah sekadar melemparkan senyuman nipis.
    “ Sila serahkan kad pengenalan dan lesen cik,” Dhaniah tersenyum sumbing. Sah. Mesti dia kena saman lagi. Perlahan dia keluarkan kad pengenalan dan lesen dari beg duitnya lalu dihulurkan pada lelaki itu.
    “ Lampu merah tadi cik.”
    “ Saya tak perasan. Betul-betul tak perasan. Maaflah. Saya tengok jalan lengang, terus jalan. Tak perasan lampu  merah. Maaf sangat-sangat encik.”
    “ Janji lepas ini tak buat lagi ya. Kalau selalu macam ini bahaya,” Lelaki itu senyum sambil kaca matanya ditanggalkan. Dia mengeluarkan buku kecilnya.
    “ Tolonglah encik. Tak payahlah saman. Kita selesai disini sahaja.”
    “ Jangan cik. Tak baik bagi rasuah,” selamba sahaja lelaki itu bersuara sambil membelek kad pengenalan dan lesen memandu di tangannya. Kata-katanya membuat wajah Dhaniah terasa membahang. Malu disindir begitu.
   “ Siapa kata saya nak bagi rasuah? Saya cuma…”
   “ Cuma apa?” mata mereka sudah berpandangan. Dhaniah mengerutkan kening seketika sambil mengangkat tangan menuding jari telunjuknya ke wajah lelaki itu.
   “ Zaki! ” Polis trafik di hadapannya itu cuma mengerutkan kening.
   “ Zaki. Ini Dhaniah. Takkan dah lupa,” Lelaki itu senyum sambil menulis sesuatu.
   “ Ala… tak payahlah saman. Bagilah peluang pada saya,” Dhaniah memujuk.
   “ Kalau tak mahu kena saman mesti patut lebih berhati-hati,” jawab lelaki itu sambil menggeleng kepala. “ Nah. Saman cik. Lain kali hati-hati. Bahaya kalau langgar lampu merah macam ini. Nasib baik tak ada kenderaan lain tadi. Kalau ada ? Macam mana ?”
Dhaniah menyambut kertas yang dihulur dengan muka yang sedikit kelat. Geram. Zaki langsung tak bagi peluang.
     “ Dan… ini nombor telefon saya, Dhaniah. Lama betul tak jumpa. Makin cantik awak, ya? “
Dhaniah ternganga. Cebisan kertas yang lelaki itu hulurkan disambut tanpa sedar.
     “ Ok. Jumpa lagi. Jangan lupa telefon. Boleh keluar makan sama-sama. Jangan ulang kesalahan trafik,” sempat lelaki itu kenyitkan mata sebelum berlalu ke arah motor besarnya. Dhaniah mengetap bibir. Geram. Dia memandang kosong motor Zaki yang berlalu.
      “ Hantu raya punya Zaki. Memang betul anak hantu. Dah siap saman aku, boleh pula bagi nombor telefon. Maaflah Zaki. Tak ingin aku nak telefon kau,” mengomel dengan muncung yang cukup panjang, cebisan kertas di tangannya, dicampak ke jalan.
       “ Bukan salah saya. Saya bagi nombor telefon, awak campak tepi jalan. Sampai hati awak. Saya minta semula hari itu, awak jual mahal. Nak jumpa dengan awak, terpaksalah minta tolong Shima. Nasib baik dia nak tolong. Itu pun kena bagi rasuah.”
       “ Hai Encik Zaki, tak baik bagi rasuah,” sindir Dhaniah selamba.
       “ Tak apa. ini namanya rasuah cinta. Rasuah cinta yang lebih tepatnya dipanggil pengorbanan.”
Dhaniah mencebik membuat Zaki ketawa besar.
      “ Jadi, boleh pesan makanan sekarang?
Zaki tersenyum sambil melambai pada pelayan restoran. Dhaniah tersenyum sambil mencapai menu.
      “ Kenapa saya nampak senyum awak, macam senyum jahat je?” Dhaniah diam mendengar soalan itu dan cuma membiarkan senyum terus terukir di bibirnya.
*                                                               *
Dhaniah manggaru kepala. Apa pula kali ini? Mahu tidak mahu, keretanya diberhentikan di gigi jalan. Dia tunduk. Lengkap bertali pinggang keledar. Apa pula salahnya kali ini. Lampu merah sebentar tadi pun, tidak dilanggarnya.
Ketukan perlahan di pintu kereta memaksa dia mendongak, memandang wajah Zaki yang tersengih panjang. Dengan malas cermin kereta diturunkan.
       “ Kenapa ini? Saya tak ada buat apa-apa oun ya. Kenapa tahan saya?” Dhaniah mempertahankan dirinya.
       “ Jom!”
Dhaniah merenung tajam. “ Jom ke mana?”
       “ Jom kahwin,” Dhaniah mencebik. Zaki tersenyum.
       “ Awak nak ke mana?”
      “ Suka hati sayalah. Tak ada kena mengena dengan awak,” jawab Dhaniah keras.
      “ Jomlah. Saya belanja awak minum.”
     “ Tak nak la.” Dhaniah mengelak.
     “ Jomlah. Ajak kahwin tak nak. Ajak minum pun tak nak. Surat cinta saya masa tingkatan 3 pun awak tak balas. Apa ni? Surat saman saya saja awak perasan agaknya?”
Dhaniah tergelak mendengar bebelan itu. Kelakar ditelinganya. Bunyi hon menarik perhatiannya. Juga membuat Zaki sedikit terkejut.
        “ Zaki!” dia menjerit kuat.
Belum sempat berbuat apa-apa, tubuh Zaki sudah tercampak dilanggar sebuah motosikal. Pantas Dhaniah keluar dari kereta. Zaki sudah terbaring di tepi jalan. Laju dia mendapatkan lelaki itu.
       “ Zaki! Awak ok tak?” suaranya menggeletar. Dengan tangan yang menggigil dia memangku Zaki ke ribanya. Air matanya menitis tanpa sedar.
       “Zaki. Tolong. Buka mata,” dia bersuara lagi. Gerun melihat darah yang mengalir di kepalanya dan kakinya yang turut lecun dek darah merah.
       “ Zaki. Saya tak nak kehilangan awak!” jeritnya hiba. Dadanya berombak kencang sedikit mereda, apabila mata lelaki itu terbuka perlahan-lahan.
       “ Saya sayang awak Dhaniah. Saya cinta awak !”
*                                                                             *                                                                                     
      “ Abang tak pernah kena saman. Sejak jadi polis trafik, abang tak pernah kena saman. Baru nak masuk dua hari kahwin dengan Dhaniah, dah terkena.”
      “ Ala… selalu asyik saman orang, sesekali kena saman. Apa salahnya,” gumam Dhaniah perlahan.
     “ Apa Dhaniah cakap?”
     “ Tak ada apa-apa bang. Dhaniah gurau saja,” gelak Dhaniah sambil cuba bergerak cuba lari dari pelukan Zaki. Dhaniah terjerit kecil apabila Zaki memeluk pinggang sambim menggeletek pinggangnya.
     “ Gurau ya? Jom la kita bergurau.”
Dhaniah tergelak kegelian apabila Zaki terus menggetek tubuhnya. Zaki turut tergelak senang melihat wajah Dhaniah sudah memerah menahan gelak dan geli.


rujukan : http://www.google.com.my/

Tuesday, December 7, 2010

Nik Aziz dan Rasuah

Pas telah bersusah payah membina imej Nik Aziz untuk menjadikannya satu mitos yang mempunyai sifat seolah-olah mustahil. Mereka yang termakan dengan usaha pas ini bukan sahaja memandang Nik Aziz sebagai seorang guru tetapi juga seorang “ tuhan ” yang mampu menyembuhkan segala penyakit ahli Pas.
Rasuah derma pada Pas yang juga sering disalah gunakan oleh pemimpin tertinggi Pas, Kayu Balak, projek kuari sering menjadi isu penyelewengan di Negeri Kelantan dan Nik Aziz, beliau orang paling berkuasa di negeri tersebut. Dengar khabar Nik Aziz dan anaknya dok makan rasuah dari projek kayu balak dan projek kuari sampai nak habis kayu balak di kelantan,
Antaranya, kelantan membuktikan bahawa negeri itu adalah antara negeri yang paling mempunyai keluasan penebangan kayu balak yang diluluskan berbanding dengan hasil balaknya.
Kelantan juga mencatatkan rekod negeri yang mempunyai kawasan tanah berhutan yang paling tinggi berbanding dengan keluasan tanah di negeri itu ketika kelantan mengeluarkan kayu balak secara berleluasa.
Di samping itu, kerajaan negeri di bawah pas tidak mematuhi had dibenarkan tebang oleh majlis perhutanan negara,bahkan, jumlah kawasan balak yang lebih banyak diteroka, tetapi hasilnya jauh lebih rendah.

Harta Nik Aziz bernilai RMN10 Juta
STESYEN MINYAK NIK AZIZ BERNILAI RM 1 JUTA

Stesen Minyak Petronas hak milik Nik Mohd Asri Bin Nik Aziz (anak Nik Aziz). Asalnya stesen ini diurus oleh Mesra Makmur Trading yang dimiliki oleh Hood Bin Mohd Isa KP:691119105535. Beliau berasal dari Selangor bekas pemandu Nik Aziz dan menantu Nik Aziz. Hood selaku pengurus pada masa itu telah berjaya memajukan perniagaan ini. Beliau membantu Nik Aziz dalam pilihanraya 2004 dengan cara memberi petrol percuma pada hari mengundi jika motosikal atau kereta membawa bendera bulan - Pas.

Apabila Stesyen ini maju maka anak- anak Nik Aziz iri hati melihat penguasaan Hood keatas stesyen ini. Perbalahan telah berlaku, Nik Aziz gagal menyelesai krisis dalam keluarganya sehingga Hood telah disingkirkan dan membawa diri ke Trengganu. Sekarang stesyen itu diserahkan kepada Nik Mohd Asri pemilik tunggal As Sobru Jaya Trading.
Hood tahu cerita sebenar mengenai bagaimana tipu helah untuk membina stesyan minyak ini. Nik Aziz telah membeli tanah Lot 550 Kg Pulau Melaka tapak stesyen itu dengan memaklumkan kepada tuan tanah bahawa untuk membina asrama kesiankan pelajar tidak cukop tempat menginap. Tetapi setelah tanah dimiliki oleh Datin Tuan Sabariah isteri Nik Aziz, tanah itu telah dibangunkan stesyen minyak. Terkejut yang amat sangat tuan tanah, kerana tanah itu dijual dengan harga yang murah.

Stesyen Petronas bersama dengan tanah sekarang bernilai RM1 juta. Nik Aziz jutawan.



RUMAH MENANTU NIK AZIZ BERNILAI RM 1 JUTA

Rumah menantu Nik Aziz terletak di belakang rumah Nik Aziz Pulau Melaka. Nilainya RM1 juta. Ada jaga 24 jam sehari. Kalau rakyat nak jumpa dengan Nik Aziz maka dia akan tunggu di rumah lama, untuk rakyat tengok dia hidup sederhana. Tapi bila nak berehat pergi rumah banglow milik menantu. Menantu pakai kereta mewah kalau baru harganya RM250,000 sebuah.Apa nama menantu Nik Aziz?..Nik Arif Fahmi Abdul Rahman, orang yang paling berkuasa dalam kerajaan Nik Aziz.

Menantu Nik Aziz bekerja sebagai CEO Perbadananan Menteri Besar (PMB), Kereta Mercedes berserta dengan pemandu disediakan. Semua projek yang nak join vanture dengan PMB sebelum angkat kepada Pengerusi PMB mesti diluluskan oleh CEO dulu. Siapa Pengerusi PMB? tak lain dan tak bukan Nik Aziz. PMB sudah jadi hak anak beranak. Banyak syarikat pelaburan PMB mengalami kerugian. Habis lah duit rakyat Kelantan di pulon mertua dan menantu.


Bila rakyat nak jumpa datang lah kerumah depan, kecil dan sederhana. Kereta Mercedes RM500,000 dan CRV Rm 70 ribu untuk Tuan Sabarian ulang alik ke pasar. Rumah inilah yang selalu ditonjol oleh Nik Aziz.





TUAN SABARIAN SEORANG JUTAWAN.Kononnya Bandaraya Islam Kota Bharu berkembang tapi ada udang disebalik batu, sama hebat dengan pengumpulan harta oleh keluarga Nik Aziz. Tuan Sabariah kuat berniaga, pernah berniaga jualan langsung, hampir semua muslimat Pas di Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan Kubang Krian menjadi ahli. Sekarang mengalami kerugian ada muslimat Pas yang mengalami kerugian RM50,000 seorang. Kita boleh bayangkan berapa banyak wang muslimat Pas hangus. Apabila muslimat minta ganti katanya tak ada wang.Dalam pada itu sempat Tuan Sabariah membeli dua unit Rumah Kedai di Taman Koperasi Tanjung Chat Bandar Kota Bharu nilainya RM2 juta.


Kata penduduk Pulau Melaka banyak tanah orang kampong sekarang menjadi milik keluarga Nik Aziz yang bernilai berjuta-juta ringgit. Dari mana Nik Aziz dapat duit bergitu banyak?Ini lah kesederhanaan yang ditunjukkan oleh Isteri Ulamak, dalam diam juga seorang jutawan.
PENDEDAHAN ANAK NIK AZIZ TEWAS KERANA RASUAH POLITIK DALAM PAS ?
Atas kapasitinya ketua dewan ulama, tentu Muhamed Iraq tidak berbohong mengenai hal ini. Sebagai seorang yang arif dengan hukum beliau tentu tahu apakah hukum membuat fitnah.Saya yakin beliau diberikan maklumat dan laporan tepat mengenai kejadian. Boleh jadi juga pemberian baju sebagai hadiah dan acara jamuan itu berlaku di kawasannya sendiri, di Kubang Kerian.
Saya yakin seratus peratus Muhamed Iraq ada bukti mengenai perkara itu. Kalau tidak masakan beliau berani menuturkan hal itu. Tok Guru Nik Aziz sendiri rasanya tidak berani kerana beliau mempunyai perhitungan politik yang jauh ke depan berbanding dengan Mat Iraq yang lebih tulus.Di sini saya ingin kemaskan sedikit pandangan Mat Iraq itu dengan dua kejadian yang dilaporkan berlaku pada sepanjang muktamar Pas kawasan baru-baru ini. Kedua-dua kejadian ini kalau ditilik dan dihalusi ia berunsur rasuah.
Pertama, saya ada mendengar ada beberapa kawasan Pas telah dihulurkan wang sebanyak RM5,000. Tujuan wang itu diberi ialah kononnya untuk membantu Pas kawasan berkenaan. Pemberian itu ada syaratnya. Pas kawasan yang menerima wang itu hendaklah memanggil si pemberi wang itu merasmikan mesyuarat Pas kawasan berkenaan. Atau pun Pas kawasan berkenaan kena mencalonkan orang berkenaan untuk jawatan-jawatan tertentu.Permintaan agar pemberi wang itu dicalonkan tidak dibuat secara terang-terang, tetapi secara simbolik dan saling memahami antara pemberi dengan pihak yang menerima.Kejadian atau tutur mengenai perkara ini kerap berlaku di sebuah negeri di sebelah Selatan sana dan juga negeri-negeri di mana Pas miskin.Kejadian ini katanya sudah menjadi buah mulut sampai ke peringkat pemimpin Pas.
Gelombang penolakan rakyat terhadap PAS di Kelantan sangat terasa bahangnya seperti membakar sampah di musim kemarau. Rata-rata rakyat kecewa dengan prestasi PAS di Pulau Pinang. Undian PRU12 dulu adalah sesalan lima tahun lagi.
Kini PRK PERMATANG PASIR, PAS sedar rakyat memandang mereka dari ekor mata sahaja. Rakyat berasa terhina apabila PAS gagal mewakili mereka, PAS gagal membuatkan Melayu merasa hebat di Pulau Pinang, ditambah pula orang Melayu Pulau Pinang mendapat syer dalam pengkhianatan dan penganiayaan.

Mengenai pengundi hantu, khairy berkata, pergerakan itu mengesyaki ada usaha besar-besaran dari pas untuk memindahkan pengundi mereka dari kawasan dap yang berhampiran, ke kawasan pas permatang pasir.
Ini kerana pas sedar undi melayu berpecah dua, maka untuk menjamin kemenangan, mereka terpaksa bermain kotor supaya lebih ramai pengundi "setinggan" mereka ini dipindah ke kawasan-kawasan majoriti melayu
Pemuda umno mendapati terdapat pengundi yang didaftarkan di rumah tertentu yang tidak dikenali pun oleh tuan rumah.
Tiada kerusi exco
Pas dan dap tidak dapat menjawab persoalan mengapa pas tidak mendapat kerusi exco kerajaan negeri pulau pinang meskipun kerajaan negeri itu dilabel sebagai kerajaan pakatan rakyat.
Ketua menteri, lim guan eng 'seperti biasa' mengelak isu sebenar dan tidak mampu memberi apa-apa jaminan bahawa calon pas, salleh man akan dilantik selaku wakil pas dalam exco kerajaan negeri sekiranya menang 25 ogos ini.
Calon pas di dun permatang pasir tidak diberi penghargaan sewajarnya oleh DAP, kerana sepanjang kempen, beliau tidak langsung mendengar sebarang pelan pembangunan buat rakyat di situ sekiranya calon pas menang.

sumber : http://www.google.com.my/