Tuesday, December 7, 2010

Nik Aziz dan Rasuah

Pas telah bersusah payah membina imej Nik Aziz untuk menjadikannya satu mitos yang mempunyai sifat seolah-olah mustahil. Mereka yang termakan dengan usaha pas ini bukan sahaja memandang Nik Aziz sebagai seorang guru tetapi juga seorang “ tuhan ” yang mampu menyembuhkan segala penyakit ahli Pas.
Rasuah derma pada Pas yang juga sering disalah gunakan oleh pemimpin tertinggi Pas, Kayu Balak, projek kuari sering menjadi isu penyelewengan di Negeri Kelantan dan Nik Aziz, beliau orang paling berkuasa di negeri tersebut. Dengar khabar Nik Aziz dan anaknya dok makan rasuah dari projek kayu balak dan projek kuari sampai nak habis kayu balak di kelantan,
Antaranya, kelantan membuktikan bahawa negeri itu adalah antara negeri yang paling mempunyai keluasan penebangan kayu balak yang diluluskan berbanding dengan hasil balaknya.
Kelantan juga mencatatkan rekod negeri yang mempunyai kawasan tanah berhutan yang paling tinggi berbanding dengan keluasan tanah di negeri itu ketika kelantan mengeluarkan kayu balak secara berleluasa.
Di samping itu, kerajaan negeri di bawah pas tidak mematuhi had dibenarkan tebang oleh majlis perhutanan negara,bahkan, jumlah kawasan balak yang lebih banyak diteroka, tetapi hasilnya jauh lebih rendah.

Harta Nik Aziz bernilai RMN10 Juta
STESYEN MINYAK NIK AZIZ BERNILAI RM 1 JUTA

Stesen Minyak Petronas hak milik Nik Mohd Asri Bin Nik Aziz (anak Nik Aziz). Asalnya stesen ini diurus oleh Mesra Makmur Trading yang dimiliki oleh Hood Bin Mohd Isa KP:691119105535. Beliau berasal dari Selangor bekas pemandu Nik Aziz dan menantu Nik Aziz. Hood selaku pengurus pada masa itu telah berjaya memajukan perniagaan ini. Beliau membantu Nik Aziz dalam pilihanraya 2004 dengan cara memberi petrol percuma pada hari mengundi jika motosikal atau kereta membawa bendera bulan - Pas.

Apabila Stesyen ini maju maka anak- anak Nik Aziz iri hati melihat penguasaan Hood keatas stesyen ini. Perbalahan telah berlaku, Nik Aziz gagal menyelesai krisis dalam keluarganya sehingga Hood telah disingkirkan dan membawa diri ke Trengganu. Sekarang stesyen itu diserahkan kepada Nik Mohd Asri pemilik tunggal As Sobru Jaya Trading.
Hood tahu cerita sebenar mengenai bagaimana tipu helah untuk membina stesyan minyak ini. Nik Aziz telah membeli tanah Lot 550 Kg Pulau Melaka tapak stesyen itu dengan memaklumkan kepada tuan tanah bahawa untuk membina asrama kesiankan pelajar tidak cukop tempat menginap. Tetapi setelah tanah dimiliki oleh Datin Tuan Sabariah isteri Nik Aziz, tanah itu telah dibangunkan stesyen minyak. Terkejut yang amat sangat tuan tanah, kerana tanah itu dijual dengan harga yang murah.

Stesyen Petronas bersama dengan tanah sekarang bernilai RM1 juta. Nik Aziz jutawan.



RUMAH MENANTU NIK AZIZ BERNILAI RM 1 JUTA

Rumah menantu Nik Aziz terletak di belakang rumah Nik Aziz Pulau Melaka. Nilainya RM1 juta. Ada jaga 24 jam sehari. Kalau rakyat nak jumpa dengan Nik Aziz maka dia akan tunggu di rumah lama, untuk rakyat tengok dia hidup sederhana. Tapi bila nak berehat pergi rumah banglow milik menantu. Menantu pakai kereta mewah kalau baru harganya RM250,000 sebuah.Apa nama menantu Nik Aziz?..Nik Arif Fahmi Abdul Rahman, orang yang paling berkuasa dalam kerajaan Nik Aziz.

Menantu Nik Aziz bekerja sebagai CEO Perbadananan Menteri Besar (PMB), Kereta Mercedes berserta dengan pemandu disediakan. Semua projek yang nak join vanture dengan PMB sebelum angkat kepada Pengerusi PMB mesti diluluskan oleh CEO dulu. Siapa Pengerusi PMB? tak lain dan tak bukan Nik Aziz. PMB sudah jadi hak anak beranak. Banyak syarikat pelaburan PMB mengalami kerugian. Habis lah duit rakyat Kelantan di pulon mertua dan menantu.


Bila rakyat nak jumpa datang lah kerumah depan, kecil dan sederhana. Kereta Mercedes RM500,000 dan CRV Rm 70 ribu untuk Tuan Sabarian ulang alik ke pasar. Rumah inilah yang selalu ditonjol oleh Nik Aziz.





TUAN SABARIAN SEORANG JUTAWAN.Kononnya Bandaraya Islam Kota Bharu berkembang tapi ada udang disebalik batu, sama hebat dengan pengumpulan harta oleh keluarga Nik Aziz. Tuan Sabariah kuat berniaga, pernah berniaga jualan langsung, hampir semua muslimat Pas di Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan Kubang Krian menjadi ahli. Sekarang mengalami kerugian ada muslimat Pas yang mengalami kerugian RM50,000 seorang. Kita boleh bayangkan berapa banyak wang muslimat Pas hangus. Apabila muslimat minta ganti katanya tak ada wang.Dalam pada itu sempat Tuan Sabariah membeli dua unit Rumah Kedai di Taman Koperasi Tanjung Chat Bandar Kota Bharu nilainya RM2 juta.


Kata penduduk Pulau Melaka banyak tanah orang kampong sekarang menjadi milik keluarga Nik Aziz yang bernilai berjuta-juta ringgit. Dari mana Nik Aziz dapat duit bergitu banyak?Ini lah kesederhanaan yang ditunjukkan oleh Isteri Ulamak, dalam diam juga seorang jutawan.
PENDEDAHAN ANAK NIK AZIZ TEWAS KERANA RASUAH POLITIK DALAM PAS ?
Atas kapasitinya ketua dewan ulama, tentu Muhamed Iraq tidak berbohong mengenai hal ini. Sebagai seorang yang arif dengan hukum beliau tentu tahu apakah hukum membuat fitnah.Saya yakin beliau diberikan maklumat dan laporan tepat mengenai kejadian. Boleh jadi juga pemberian baju sebagai hadiah dan acara jamuan itu berlaku di kawasannya sendiri, di Kubang Kerian.
Saya yakin seratus peratus Muhamed Iraq ada bukti mengenai perkara itu. Kalau tidak masakan beliau berani menuturkan hal itu. Tok Guru Nik Aziz sendiri rasanya tidak berani kerana beliau mempunyai perhitungan politik yang jauh ke depan berbanding dengan Mat Iraq yang lebih tulus.Di sini saya ingin kemaskan sedikit pandangan Mat Iraq itu dengan dua kejadian yang dilaporkan berlaku pada sepanjang muktamar Pas kawasan baru-baru ini. Kedua-dua kejadian ini kalau ditilik dan dihalusi ia berunsur rasuah.
Pertama, saya ada mendengar ada beberapa kawasan Pas telah dihulurkan wang sebanyak RM5,000. Tujuan wang itu diberi ialah kononnya untuk membantu Pas kawasan berkenaan. Pemberian itu ada syaratnya. Pas kawasan yang menerima wang itu hendaklah memanggil si pemberi wang itu merasmikan mesyuarat Pas kawasan berkenaan. Atau pun Pas kawasan berkenaan kena mencalonkan orang berkenaan untuk jawatan-jawatan tertentu.Permintaan agar pemberi wang itu dicalonkan tidak dibuat secara terang-terang, tetapi secara simbolik dan saling memahami antara pemberi dengan pihak yang menerima.Kejadian atau tutur mengenai perkara ini kerap berlaku di sebuah negeri di sebelah Selatan sana dan juga negeri-negeri di mana Pas miskin.Kejadian ini katanya sudah menjadi buah mulut sampai ke peringkat pemimpin Pas.
Gelombang penolakan rakyat terhadap PAS di Kelantan sangat terasa bahangnya seperti membakar sampah di musim kemarau. Rata-rata rakyat kecewa dengan prestasi PAS di Pulau Pinang. Undian PRU12 dulu adalah sesalan lima tahun lagi.
Kini PRK PERMATANG PASIR, PAS sedar rakyat memandang mereka dari ekor mata sahaja. Rakyat berasa terhina apabila PAS gagal mewakili mereka, PAS gagal membuatkan Melayu merasa hebat di Pulau Pinang, ditambah pula orang Melayu Pulau Pinang mendapat syer dalam pengkhianatan dan penganiayaan.

Mengenai pengundi hantu, khairy berkata, pergerakan itu mengesyaki ada usaha besar-besaran dari pas untuk memindahkan pengundi mereka dari kawasan dap yang berhampiran, ke kawasan pas permatang pasir.
Ini kerana pas sedar undi melayu berpecah dua, maka untuk menjamin kemenangan, mereka terpaksa bermain kotor supaya lebih ramai pengundi "setinggan" mereka ini dipindah ke kawasan-kawasan majoriti melayu
Pemuda umno mendapati terdapat pengundi yang didaftarkan di rumah tertentu yang tidak dikenali pun oleh tuan rumah.
Tiada kerusi exco
Pas dan dap tidak dapat menjawab persoalan mengapa pas tidak mendapat kerusi exco kerajaan negeri pulau pinang meskipun kerajaan negeri itu dilabel sebagai kerajaan pakatan rakyat.
Ketua menteri, lim guan eng 'seperti biasa' mengelak isu sebenar dan tidak mampu memberi apa-apa jaminan bahawa calon pas, salleh man akan dilantik selaku wakil pas dalam exco kerajaan negeri sekiranya menang 25 ogos ini.
Calon pas di dun permatang pasir tidak diberi penghargaan sewajarnya oleh DAP, kerana sepanjang kempen, beliau tidak langsung mendengar sebarang pelan pembangunan buat rakyat di situ sekiranya calon pas menang.

sumber : http://www.google.com.my/

RASUAH POLITIK DALAM UMNO: BARAH PERINGKAT KE 4

            Bukan politik wang, sebenarnya rasuah politik, tetapi hendak bagi nampak cantik Umno tukar jenama dengan nama politik wang. Kalau sebut rasuah nampak jijik sangat. Kalau guna istilah rasuah politik Nampak baik sikit. Cuma istilah yang dijenama semula sahaja. Biasalah Umno yang memang bijak berlakon dan bijak bermain istilah.

           Apa yang berlaku adalah bala kepada Umno, kerana dalam setiap kali PRU di negara ini mereka merasuah pengundi. Kalau sesama Umno pun mereka guna pendekatan rasuah untuk menang, telahan lagi dengan orang lain yang berlainan ideologi dalam PRU di negara ini.

Mengikut Tengku Ahmad Rhithaudden (U.Malaysia 24/10/2008) Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti Umno, rasuah berluasa sejak 20 tahun kebelakangan ini. Tengku Ahmad Rithauddeen memberitahu bahawa beliau pernah mendengar cerita ada Ketua cawangan UMNO yang pulang menaiki kereta Kancil baru selepas Perhimpunan Agung.Katanya, cerita seumpama itu memalukan UMNO dan jelas memperlihatkan bahawa politik wang sudah menjadi satu budaya yang kini berada dalam teras UMNO itu sendiri. Namun kata beliau, sikap yang ditunjukkan semua pihak ialah lebih ramai yang bertanding adalah sesuatu yang menggembirakan kerana lebih banyak wang yang akan diterima.

Ini bermakna rasuah politik dalam Umno rancak di era Umno di bawah kepimpinan Dr. Mahathir selama 22 tahun. Zaman Dr. Mahathir jadi presiden Umno beliau pernah hendak berubat penyakit rasuah politik dalam Umno dengan berbagai cara semua tidak menjadi. Tun pernah menasihat, menangis, berdoa untuk ubat penyakit rasuah politik dlam Umno semua tidak menjadi. Macam mana pengikut hendak ikut kalau nakhoda kapal pun bercakap tidak serupa bikin

Barah rasuah dalam politik Umno sudah berada di tahap 4, dan menunggu saat untuk mati sahaja. Kerana tidak ada lagi ubat untuk merawat. Mampukah calon Umno untuk bertahan lama dengan merasuah dalam setiap kali pemilihan. Mana wang mahu diambil, sekarang lombong emas di lima negeri pakatan Rakyat sudah terkambus. Kalau dalam PRU ke 13 , pakatan rakyat memerintah di peringkat pusat, mana lagi pemimpin Umno mahu dapat. Tidak tahu lah kita kalau Umno boleh pergi menyelam di tasik yang simpan harta Qarun di Mesir.

BPR sepatutnya sudah boleh bertindak dan bawa kepada pengadilan seperti yang pernah berlaku kepada Tan Sri Isa Samad yang disabit kesalahan kerana terlibat dalam rasuah oleh jawatankuasa disiplin Umno sewaktu pemilihan Umno tahun 2004. Kenapa beliau tidak dibawa kepada pengadilan. Bahkan beliau boleh bertanding sebagai calon Naib Presiden dalam pemilihan Umno Mac 2009. Apakah negara ini ada dua undang-undang. Adakah rasuah dalam Umno tidak menjadi kesalahan, kerana mereka kebal dan bebal. Apakah ada dua takrif rasuah di negara ini?.

Sepatutnya BPR kena bertindak kerana mereka yang terlibat dalam rasuah politik ini akan mendapat wang daripada tauke-tauke yang melabur dahulu dengan janji mereka akan diberikan projek kadang-kadang mengorbankan agama dan tanah air. Mereka bukan menyuarakan suara hati ahli Umno sebaliknya mereka adalah suara tauke-tauke yang berada di belakang mereka. Mana wang mereka hendak ambil kalau bukan tauke yang memberi. Paling merbahaya sekali kalau ada ejen yahudi yang memberi wang maka bukan mustahil negara akan tergadai ke tangan yahudi untuk pada masa akan datang. Waliyazubillah.

Pihak BPR kena pandang serius soal rasuah politik dalam Umno, kerana mereka adalah parti pemerintah. Mereka yang terpilih kebanyakan akan terlibat dalam kabinet atau di tempat yang startegik dalam negara. Apa akan jadi kepada negara kalau berketuakan kaki rasuah dan pemberi rasuah. Menang bukan kerana idea dan karisma, tetapi kerana wang yang disediakan oleh pelabur pasaran hadapan apabila mereka menang nanti.

Sebab itu indeks rasuah semakin meningkat, bukan makin baik, kerana mereka yang menjadi pemimpin adalah melalui rasuah politik. Contohnya persepsi indeks rasuah (CPI) pada tahun 2006 Malaysia nombor 26 daripada 163 kemudian jatuh lagi pada tahun 2007 kepada 44 dariapda 179 negara yang diselidik. Maka secara tidak langsung apabila mereka menjadi pemimpin mereka akan meluluskan projek kepada pelabur-pelabur politik mereka dengan tawaran yang mereka kehendaki walalu pun tidak memenuhi syarat yang sepatutnya. Inilah yang paling merbahaya.

Tidak hairanlah kepada kita usaha untuk merapatkan jurang ekonomi bumiputera di negara ini gagal kerana mereka adalah suara tauke bukan suara rakyat atau parti yang mewakili orang Melayu di negara ini. Walaupun kerajaan sudah berlanja sebanyak RM1.2 trilion sejak RMK 1 sampai ke RMK 9. Namun peratus kemiskinan di negara ini masih lagi tinggi jika dibanding dengan kaum lain. Menurut Dato’ Zainal Osman bekas Timbalan Menteri Luar Bandar Dan Wilayah di parlimen pada 7/12/07 ialah kadar kemiskinan Bumiputera 8.3%, India 2.9% dan China 0.6%. Kenapa masih tinggi lagi bumiputera miskin. Siapa yang memerintah selama ini PAS atau Umno, DAP atau Umno, PKR atau Umno

Dalam Utusan Malaysia 3/11/2008 Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengesyorkan kaedah bersumpah dengan menyebut ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’ digunakan bagi membolehkan saksi menyabitkan mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan politik wang.

Datuk Seri Adnan berkata, usaha mengatasi gejala politik wang menjadi sukar jika bukti ‘tanpa keraguan yang munasabah’ tidak dipertimbangkan oleh pihak bertanggungjawab. Hai Tok Nan pemimpin Umno bukan takut dengan sumpah, 1000 kali pun mereka boleh sumpah. Kalau hukum tuhan pun mereka tidak mahu ikut apalah sangat dengan sumpah. Memang sejak dua menjak Umno bermain dengan sumpah terutama sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh. Selepas itu sumpah menjadi sumpah-sumpah.

Dato’ Rais Yatim bertambah yatim dalam Umno kerana gagal mendapat tempat. Dulu semasa berada dalam parti 46 sanggup membakar jambatan dalam Umno, dan tidak akan menyertai Umno kerana parti yang tidak demokratik, tidak pejuang melayu.Jenis lidah bercabang. Beliau cadang supaya jawatan Umno di tender kerana tidak tahan dengan rasuah politik. Ucapan beliau menyebabkan Datuk Seri Shahidan Kasim marah sehinggakan beliau kata Dato’ rais yang patut ditender dengan harga RM1. Dulu 46 sekarang harganya RM1 sahaja.

Saya hendak ketawa baca kenyataan Mukhriz supaya tolak amalan rasuah politik seperti yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia 3/11/2008. Mana ada pemimpim Umno hendak naik dengan air liru sahaja. Mana ada calon Umno naik dengan karisma semuanya terpaksa menggunakan ongkos.

Lebih Mukhriz baik tidak usah bercakap soal rasuah politik dalam Umno, kerana rasuah politik dalam Umno dah terang lagi bersuluh. Rasuah dalam Umno macam isi dengan kuku. Biarlah bapa kamu bercakap untuk membuat reform dalam Umno, parti yang beliau sendiri menjahanamkan sewaktu beliau berkuasa dahulu. Kenapa bapa kamu tidak buat waktu dia ada kuasa. Bukankah demokrasi mati di zaman bapa kamu. Sistem kouta diadakan zaman beliau. Sekarang kenapa duduk sibuk waktu Pak Lah berkuasa. Usahlah bercakap tidak serupa dengan bikin. Pemimpin Umno tidak layak bercakap soal membenteras rasuah politik. Paku dulang paku serpih kata dekat orang dia yang lebih. Ayuh ramai-ramai ambil borang Pas, tinggalkan Umno kerana kapalnya sudah hendak tenggelam.



Islam haramkan rasuah kerana cetus kezaliman

Amalan rasuah membabitkan penyalahgunaan kuasa atau mengambil manfaat yang bercanggah dengan undang-undang dan moral manusia. Amalan rasuah adalah penyakit tertua manusia seperti juga pelacuran.

Menurut statistik Badan Pencegah Rasuah (BPR), pada 2007 sebanyak 590 tangkapan dibuat manakala pada Januari lalu saja 80 kes dilakukan. Apa yang membimbangkan ialah jika rasuah terus berleluasa, dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan negara.

Berdasarkan pemerhatian, antara faktor utama menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar dalam perbelanjaan tetapi sumber kewangan sedikit, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan cepat, sifat tamak haloba dan amat meyakini mengamalkan rasuah dapat dielakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Hakikatnya mereka yang mengamalkan rasuah mempunyai kualiti moral rendah, tidak mempunyai harga diri dan sanggup menggadai integriti sebagai manusia demi untuk mencapai matlamat salah.

Dalam sesebuah organisasi, kadang kala pengamal rasuah mempamerkan penampilan diri yang hebat hingga mampu menenggelamkan sifat tersembunyi dirinya yang bercanggah dengan budaya pengurusan.

Langkah awal untuk mengesan pengamal rasuah ialah memantau gaya hidup dan memerhatikan laporan perisytiharan harta. Jika nyata ada keraguan yang munasabah, maka aduan perlu dibuat kepada pihak berkuasa supaya siasatan dilakukan.

Islam memberi amaran keras kepada manusia supaya tidak terbabit dengan perbuatan rasuah. Islam mengharamkan mengaut harta orang lain secara rasuah sedangkan menyedari perbuatan itu berdosa.

Ketika mengulas perkara itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi orang perantaraan.” (Hadis riwayat Ahmad)

Islam mengharamkan rasuah kerana menjadi penyebab kezaliman berlaku dalam masyarakat, orang yang tidak bersalah boleh dihukum bersalah, menghapuskan peluang mereka yang sepatutnya layak dan penyebaran harta di kalangan pihak tertentu saja. Selain itu, kita bimbang gaya hidup rasuah akan mempengaruhi tabiat integriti keturunan akan datang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada sumber haram, maka akan dihumbankan dalam api neraka.” (Hadis riwayat Baihaqi dan Tirmizi)

Berdasarkan hadis itu jelas ada kaitan kuat bahawa keturunan dan anak pinak yang bersumber daripada darah daging haram akan kemungkinan besar terpengaruh dengan gaya hidup menjerumuskan ke dalam api neraka. Sebagai ibu bapa beriman apakah kita rela mewariskan dan menanamkan kesinambungan sifat keji dalam diri keluarga kita.

Dasar Islam dalam pekerjaan adalah jelas. Islam menggalakkan umatnya bekerja kuat dan mengumpul kekayaan. Oleh itu Islam menggalakkan umatnya bekerja dan berusaha supaya mereka menjadi umat terbaik dan contoh kepada pihak lain.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.” Hakikatnya Islam adalah agama pembawa rahmat kepada manusia sejagat kerana mengajar umatnya berzakat dan bersedekah tetapi melarang umatnya mengamal rasuah dan menjadi peminta sedekah.

Bagaimanapun setiap pekerjaan itu hendaklah mengikut standard piawaian ditetapkan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Setiap pekerjaan dianggap sebagai ibadat jika memenuhi standard piawaian etika kerja Islam seperti hukum haram, wajib, harus, makruh dan sunat. Standard piawaian ini akan menjadi panduan dan menentukan pekerja bersifat amanah terhadap akauntabiliti bidang tugas yang ditetapkan.

Apa yang nyata, dasar Islam dalam pekerjaan bertujuan membawa rahmat kepada manusia sejagat iaitu memberi perkhidmatan memuaskan kepada pelanggan dan masyarakat. Jika semangat berzakat dan bersedekah diamalkan serta menjauhi tabiat meminta-minta dan rasuah maka warga organisasi mampu mewujudkan organisasi hebat dan cemerlang kepada pelanggan serta masyarakat.

Isu Rasuah dalam permainan bola sepak perlu dibendung

Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) mengharapkan Kementerian Belia dan Sukan dapat mengkaji semula jadual perlawanan Liga Super dan Liga Malaysia.

Sewaktu membahaskan usul kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-9 di Dewan Rakyat semalam, beliau menyentuh jadual padat perlawanan yang menjadi salah satu faktor merosotnya mutu permainan pasukan bola sepak tempatan.

“Kita menyedari apabila sesuatu pasukan menjuarai kejohanan, jadual yang cukup padat mengakibatkan pemain-pemain terlalu letih dan tidak mendapat rehat yang cukup.

“Saya mengharapkan Kementerian Belia dan Sukan bekerjasama dengan Jabatan Sains Sukan mengambil kira bukan sahaja pemakanan dan penginapan sahaja, bahkan jadual juga mesti diambil kira.

Kalaulah begini, maka yang menjadi mangsa adalah pasukan yang juara. Pasukan yang dapat meneruskan perlawanan, terpaksa berhadapan dengan jadual yang cukup ketat, dan padat,” katanya yang kerap menerima rintihan pemain-pemain bola.

Dalam pada itu katanya, isu rasuah yang sering berlaku dalam permainan bola sepak pasukan negeri juga harus dibendung.

“Persatuan bola sepak negeri yang gagal membayar gaji dengan baik mengakibatkan pemain-pemain tempatan mahupun pemain luar sudah mula mencari makan dengan cara haram, akhirnya mereka sanggup menjual perlawanan sebagai rasuah.

“Ini menyebabkan minat dan sokongan rakyat terhadap mutu bola sepak tempatan menjadi pudar dan Kementerian Belia dan Sukan mesti merancang bagaimana hendak menjadikan sukan bola sepak ini diminati masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengharapkan Kementerian Belia dan Sukan dapat merangka program yang dapat menyelamatkan golongan belia dari terjebak dengan perkara yang tidak sihat.

“Dibimbangi kita bukan sahaja melahirkan graduan daripada universiti tetapi dalam tempoh yang sama kita juga melahirkan banduan-banduan terancang; kita gagal mengatasi masalah sosial yang sedang melanda negara,” katanya.

Dalam ucapannya juga, Firdaus mendesak kerajaan mengkaji semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dilihat semakin membebankan pelajar.

Katanya kerajaan seharusnya menyediakan peluang pekerjaan bagi para graduan ataupun membantu menyediakan latihan dan peluang perniagaan untuk golongan terbabit.

“Kerajaan jangan sekadar melihat bilakah pelajar ini akan membayar pinjaman PTPTN. Kita melihat rakyat hari ini mengadu bagaimana alasan kami nak beri kerana tidak mampu membayar hutang PTPTN yang makin hari makin menambah,” katanya.

Selain itu beliau juga melahirkan kebimbangan tentang pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang tetapi gagal mendapat pekerjaan kerana tidak memiliki kelulusan yang baik.

Sehubungan itu beliau mengharapkan Kementerian Sumber Manusia memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai kemahiran yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Sunday, December 5, 2010

rasuah menurut hukum syarak


Menurut syara‘ rasuah adalah tergolong dalam perbuatan dosa-dosa besar, kerana ia termasuk dalam perkara memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah. Ini adalah berdasarkan dalil-dalil al-Qur’an, hadis dan ijma’ para ulama.
Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:


Tafsirnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (188)
(Surah al-Baqarah: 188)

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala lagi:

Tafsirnya: “Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya)….” (42) 
(Surah al-Ma’idah: 42)

Berdasarkan ayat-ayat al-Qur‘an di atas bahawa Allah Subhanahu wa Ta‘ala melarang umatNya memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah. Perbuatan rasuah termasuk memakan harta dengan jalan yang salah itu. Ayat berikutnya pula menjelaskan sifat atau karakter orang-orang Yahudi itu sentiasa mengagungkan kebatilan, pembohongan serta memakan rasuah.

Perbuatan rasuah disebut juga oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan hukuman laknat atau kutukan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya. Antara hadis yang membincang perkara rasuah, hadis yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin ‘Amru, beliau berkata:

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.”
 (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya:

Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukuman.”  
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Menurut Ibnu Hajar Rahimahullah, adapun pengantara atau penghubung rasuah itu, jika dia sebagai utusan pihak penerima maka pengantara itu berdosa juga sebagaimana orang yang menerima rasuah. Jika pengantara rasuah tersebut sebagai utusan pihak pemberi, maka mengikut pendapat sebahagian ulama ia tertakluk pada tujuan pemberi rasuah, jika tujuan pemberi itu baik, maka tidaklah pengantara itu dilaknat. Namun jika tujuannya jahat, maka pengantara itu akan dilaknat juga. Tidak ada perbezaan dosa dalam kuantiti jumlah harta yang dihulurkan untuk melakukan rasuah. Dosanya tetap sama, sama ada harta yang digunakan untuk rasuah itu dalam jumlah harta yang banyak ataupun sedikit.

Mereka yang terlibat dengan perbuatan rasuah itu selain daripada mendapat laknat Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya, mereka juga akan menerima azab yang pedih di akhirat kelak, sebagaimana disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘UmarRadhiallahu ‘anhuma katanya:

Maksudnya: “Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam neraka.”  
(Hadis riwayat ath-Thabrani)

fakta kajian rasuah

Kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang mengatakan bahawa golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung memberi rasuah kepada pihak berkuasa. Menurut kajian itu, golongan berpendapatan bulanan RM5,000 ke atas didapati paling ramai memberi rasuah iaitu 52%, diikuti kumpulan berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM5,000 (40%), RM1,501 – RM3,000 (31%) dan kurang RM1,500 (18%) (Berita Harian 6 Mac 07).

Suatu kajian yang dikeluarkan oleh Transparency International mendedahkan bahawa terdapat perkaitan yang rapat di antara gejala rasuah dan kemiskinan, iaitu gejala rasuah berlaku kerana didorongi oleh faktor kemiskinan [laporan Corruption Perception Index 2006 (CPI 2006)].

Tiga per-empat (3/4) dari negara-negara yang mempunyai indeks kurang dari 5 adalah terdiri dari negara-negara miskin di mana rakyatnya berpendapatan kurang dari 1USD sehari (0 adalah paling dicemari oleh rasuah, dan 10 adalah paling bersih dari rasuah).

Kesan Buruk Dari Rasuah

Rasuah adalah haram di dalam Islam disebabkan kesan yang dibawanya ke dalam sesebuah masyarakat dan Negara. Saya tidak berhasrat untuk menghurai panjang dalam bab ini, cukuplah dinyatakan isi utama yang sempat difikirkan. Sebagai huraian ringkas ia seperti berikut :-

1) Jalan Mudah ke Neraka. Bagi Muslim khususnya, rasuah mencerahkan peluang seseorang untuk ke Neraka.

2) Menghancurkan keadilan dalam masyarakat. Tiada lagi jaminan penjagaan harta, maruah, nyawa dan diri seseorang. Semuanya boleh dibeli.

3) Melahirkan masyarakat yang tiada kemahiran dan skill. Jumlah masyarkat yang cekap , mahir dalam tugasan dan ilmu akan berkurangan kerana ‘skill’ dan ilmu kemahiran semakin tiada erti lagi, yang lebih beerti adalah siapa lebih cekap menyogok.

4) Muncul masyarakat yang pentingkan diri sendiri. Masing-masing memikirkan diri mereka semata-semata tanpa memikirkan kesan buruk terhadap mangsa bagi jangka pendek dan Negara bagi jangka panjang.

5) Menghasilkan hasil kerja yang buruk. merbahayakan keselamatan dan keharmonian. Kontrak kerja yang diberi secara rasuah kepada pengusaha yang bukan kerana merit tetapi kerana sogok, mendedahkan bahaya kepada orang ramai disebabakn kerjanya tidak berkualiti.

6) Kos pengurusan akan meningkat. Semua syarikat pengusaha baru terutamanya semakin sukar berkembang akibat kos meningkat kerana peruntukan kos rasuah diperlukan.

7) Pengurusan pentadbiran menjadi lewat dan lembap. Pengurusan sengaja melengahkan kerja kerana menunggu rasuah tertinggi. Pertambahan proses birokrasi juga boleh menambah kelembapan, kerana mungkin semua tahap pegawai inginkan rasuah terlebih dahulu sebelum memproses permohonan dan lain-lain.

8) Muncul si jahat yang bertambah jahat. Kaki makan rasuah menikmati hasil rasuah dan memberikan kelaurga makan harta rasuah. Justeru, Seluruh keluarganya bakal menjadi kaki rasuah di setiap sector selepas ini. Maka bertambah si jahat dan yang telah jahat akan semakin bertamabh jahat. Firman Allah s.w.t :-

فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللّهُ مَرَضاً

Ertinya : Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya ” ( Al-Baqarah : 10 )
Maka sesiapa yang membiarkan perutnya dan keluarganya diisi dengan hasil rasuah Tanpa taubat yang sebenar, Allah SWT akan membiakkan lagi peluang dan ruangnya untuk menjadi orang yang celaka, dan mendapat keluarga yang bakal runtuh, kecoh dan hancur.

9) Menyebabkan pembahagian kekayaan yang tidak seimbang. Kaya bertambah kaya dan miskin bertambah miskin. Yang miskin sukar memperbaiki dirinya kerana tidak punayi ‘cable’ yang baik, wang yang tidak mencukupi.

mengapa tidak melaporkan rasuah kepada pihak berkuasa?

1) Tidak punyai bukti bertulis atau jika ia miliknya sekalipun ia tergolong dalam katergori dokumen rahsia rasmi. Jika didedahkan si pelapor pula yang akan ditangkap di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Masalah ini mestilah diselesaikan oleh pihak berkuasa jika benar-benar serius dalam usaha membanteras rasuah.

2) Tidak sampai hati untuk melapor kerana mereka yang terlibat adalah rakan dan kenalan rapat.

Bagi sesiapa yang terlibat dalam kategori ini, sedarialh anda turut berdosa kerana bersubahat.

3) Bersikap tidak peduli yang berpegang dengan falsafah ‘lantak hang la, asalkan tidak libat aku, sudah’.

Ini juga dikira berdosa di dalam Islam.

4) Malas untuk terlibat dan ulang alik ke mahkamah untuk keterangan di sana dan di sini.

Sepatutnya, tiada malas dalam menjalankan tugas memerangi mungkar dan kemaksiatan. Malas begini menandakan hati yang semakin ‘mati’ dari iman.

5) Takut diri sendiri terjerat apabila kerahsiaan dirinya sebagai pelapor tidak di jamin selamat.

Ini juga perlu di selesaikan oleh pihak berkuasa. Tanpanya, semua hanya akan berdiam diri.

6) Kurang yakin kepada pihak berkuasa. Bimbang pihak berkuasa juga akan dirasuah hingga akhirnya si pelapor pula yang dibuang kerja atau di ambil tindakan.

Pihak berkuasa perlu berusaha meningkatkan keyakinan masyarakat kepada mereka. Keyakinan tidak boleh dipaksa-paksa, ia akan dating dengan pembuktian tahap kesungguhan mereka.

7) Takut kerana individu yang terlibat rasuah itu punyai ‘cable’, jawatan tinggi , hebat dan besar.

Bagi keadaan ini, ia adalah tanda kehancuran sedang menanti bagi Negara yang punyai keadaan ini.

sumber : http://www.google.com.my/

rasuah menurut sektor di Malaysia

Tahap sektor ( 1 = terbersih , 5 = paling kotor)

Parti Politik
3.5
Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan
3.0
Bisnes & Syarikat Swasta
3.3
Polis
3.8
Kehakiman
2.8
Media
2.4
Badan Cukai
2.5
Perubatan
2.1
Pendidikan
2.2
Ketenteraan
2.0
Perkhidmatan
2.2
Pendaftaran & Permit Perkhidmatan
3.1
NGO ( Badan bukan kerajaan)
2.2
Badan Keagamaan
1.7

senarai tahap rasuah antarabangsa

( Ia menggunakan skala 1- 10, dengan 0 menunjukkan tahap rasuah yang dicatat dan dikenalpasti adalah paling tinggi dan 10 menunjukkan tahap terendah.)

Country Rank Country 2007 CPI Score Surveys Used Standard Deviation High-Low Range
 
1 Denmark 9.4 6 0.3 8.9 – 9.8
1 Finland 9.4 6 0.3 9.1 – 9.8
1 New Zealand 9.4 6 0.4 8.9 – 9.8
4 Singapore 9.3 9 0.4 8.4 – 9.7
4 Sweden 9.3 6 0.2 9.0 – 9.5
6 Iceland 9.2 6 1.0 7.1 – 9.8
7 Netherlands 9.0 6 0.3 8.7 – 9.5
7 Switzerland 9.0 6 0.3 8.5 – 9.5
9 Canada 8.7 6 0.7 7.6 – 9.5
9 Norway 8.7 6 0.9 7.1 – 9.5
11 Australia 8.6 8 0.8 7.2 – 9.5
12 Luxembourg 8.4 5 0.7 7.1 – 8.9
12 United Kingdom 8.4 6 0.8 7.1 – 9.5
14 Hong Kong 8.3 8 1.0 6.3 – 9.1
15 Austria 8.1 6 0.9 7.1 – 9.1
16 Germany 7.8 6 0.9 7.1 – 9.2
17 Ireland 7.5 6 0.4 7.1 – 7.9
17 Japan 7.5 8 0.8 6.3 – 9.0
19 France 7.3 6 0.8 6.3 – 8.6
20 USA 7.2 8 1.0 5.1 – 8.6
21 Belgium 7.1 6 0.1 7.0 – 7.2
22 Chile 7.0 7 0.7 5.6 – 7.7
23 Barbados 6.9 4 0.3 6.4 – 7.1
24 Saint Lucia 6.8 3 0.6 6.1 – 7.1
25 Spain 6.7 6 0.6 5.6 – 7.1
25 Uruguay 6.7 5 0.4 6.2 – 7.1
27 Slovenia 6.6 8 0.7 5.1 – 7.6
28 Estonia 6.5 8 0.8 5.2 – 7.6
28 Portugal 6.5 6 1.1 5.1 – 7.6
30 Israel 6.1 6 0.9 5.2 – 7.6
30 Saint Vincent and the Grenadines 6.1 3 1.8 4.0 – 7.1
32 Qatar 6.0 4 0.7 5.2 – 6.6
33 Malta 5.8 4 0.6 5.2 – 6.6
34 Macao 5.7 4 1.2 4.3 – 6.8
34 Taiwan 5.7 9 0.7 4.9 – 6.7
34 United Arab Emirates 5.7 5 1.3 3.9 – 7.1
37 Dominica 5.6 3 1.5 4.0 – 7.1
38 Botswana 5.4 7 1.1 4.3 – 7.1
39 Cyprus 5.3 3 0.3 5.1 – 5.6
39 Hungary 5.3 8 0.5 4.2 – 5.8
41 Czech Republic 5.2 8 0.8 4.2 – 7.1
41 Italy 5.2 6 0.8 4.3 – 6.3
43 Malaysia 5.1 9 1.1 3.4 – 6.8
43 South Africa 5.1 9 0.6 4.4 – 6.2
43 South Korea 5.1 9 0.7 3.8 – 6.1
46 Bahrain 5.0 5 1.1 3.5 – 6.3
46 Bhutan 5.0 5 1.2 3.7 – 6.6
46 Costa Rica 5.0 5 0.5 4.3 – 5.6
49 Cape Verde 4.9 3 1.4 3.4 – 6.1
49 Slovakia 4.9 8 0.6 3.9 – 5.6
51 Latvia 4.8 6 0.6 3.8 – 5.3
51 Lithuania 4.8 7 0.8 3.9 – 6.2
53 Jordan 4.7 7 1.5 2.9 – 6.3
53 Mauritius 4.7 6 1.2 3.7 – 7.1
53 Oman 4.7 4 1.0 3.5 – 5.8
56 Greece 4.6 6 0.5 3.8 – 5.2
57 Namibia 4.5 7 1.1 3.4 – 6.2
57 Samoa 4.5 3 1.5 3.4 – 6.2
57 Seychelles 4.5 4 1.9 2.4 – 7.1
60 Kuwait 4.3 5 1.3 2.5 – 5.6
61 Cuba 4.2 4 0.8 3.2 – 5.2
61 Poland 4.2 8 1.2 2.7 – 5.6
61 Tunisia 4.2 6 1.1 2.4 – 5.3
64 Bulgaria 4.1 8 1.1 2.7 – 5.8
64 Croatia 4.1 8 0.8 3.2 – 5.2
64 Turkey 4.1 7 0.6 3.4 – 5.2
67 El Salvador 4.0 5 1.0 2.7 – 4.9
68 Colombia 3.8 7 0.8 2.7 – 5.2
69 Ghana 3.7 7 0.3 3.4 – 4.3
69 Romania 3.7 8 0.7 2.8 – 4.9
71 Senegal 3.6 7 0.8 2.6 – 5.2
72 Brazil 3.5 7 0.7 2.9 – 4.9
72 China 3.5 9 1.1 2.5 – 6.2
72 India 3.5 10 0.4 2.7 – 4.3
72 Mexico 3.5 7 0.4 3.2 – 4.5
72 Morocco 3.5 7 1.0 2.5 – 5.2
72 Peru 3.5 5 0.2 3.4 – 3.8
72 Suriname 3.5 4 0.6 2.8 – 4.3
79 Georgia 3.4 6 1.1 2.7 – 5.6
79 Grenada 3.4 3 1.3 2.0 – 4.3
79 Saudi Arabia 3.4 4 0.7 2.5 – 4.3
79 Serbia 3.4 6 0.8 2.7 – 4.9
79 Trinidad and Tobago 3.4 4 0.8 2.5 – 4.3
84 Bosnia and Herzegovina 3.3 7 0.6 2.6 – 4.3
84 Gabon 3.3 5 0.4 2.7 – 3.7
84 Jamaica 3.3 5 0.2 2.9 – 3.5
84 Kiribati 3.3 3 1.0 2.4 – 4.3
84 Lesotho 3.3 6 0.3 2.8 – 3.7
84 Macedonia 3.3 6 0.7 2.7 – 4.5
84 Maldives 3.3 4 1.4 2.2 – 5.2
84 Montenegro 3.3 4 1.0 2.0 – 4.3
84 Swaziland 3.3 5 1.1 2.4 – 5.2
84 Thailand 3.3 9 0.7 2.4 – 4.5
94 Madagascar 3.2 7 1.1 2.0 – 4.9
94 Panama 3.2 5 0.4 2.5 – 3.4
94 Sri Lanka 3.2 7 0.5 2.5 – 3.9
94 Tanzania 3.2 8 0.4 2.4 – 3.7
98 Vanuatu 3.1 3 1.1 2.4 – 4.3
99 Algeria 3.0 6 0.4 2.4 – 3.4
99 Armenia 3.0 7 0.3 2.7 – 3.7
99 Belize 3.0 3 1.1 2.0 – 4.2
99 Dominican Republic 3.0 5 0.3 2.7 – 3.4
99 Lebanon 3.0 4 1.0 1.9 – 4.2
99 Mongolia 3.0 6 0.6 2.2 – 3.7
105 Albania 2.9 6 0.4 2.2 – 3.4
105 Argentina 2.9 7 0.6 2.0 – 3.5
105 Bolivia 2.9 6 0.4 2.5 – 3.4
105 Burkina Faso 2.9 7 0.7 2.4 – 4.3
105 Djibouti 2.9 3 0.8 2.2 – 3.7
105 Egypt 2.9 7 0.6 2.0 – 3.8
111 Eritrea 2.8 5 1.0 1.7 – 4.3
111 Guatemala 2.8 5 0.6 2.0 – 3.5
111 Moldova 2.8 7 0.7 2.0 – 4.3
111 Mozambique 2.8 8 0.5 2.1 – 3.7
111 Rwanda 2.8 5 0.7 2.0 – 3.7
111 Solomon Islands 2.8 3 0.5 2.4 – 3.4
111 Uganda 2.8 8 0.5 2.1 – 3.5
118 Benin 2.7 7 0.7 2.0 – 3.9
118 Malawi 2.7 8 0.5 2.0 – 3.4
118 Mali 2.7 8 0.5 2.0 – 3.4
118 Sao Tome and Principe 2.7 3 0.4 2.4 – 3.2
118 Ukraine 2.7 7 0.4 2.0 – 3.2
123 Comoros 2.6 3 0.6 2.2 – 3.4
123 Guyana 2.6 4 0.2 2.2 – 2.7
123 Mauritania 2.6 6 1.0 1.7 – 4.3
123 Nicaragua 2.6 6 0.3 2.0 – 2.9
123 Niger 2.6 7 0.5 1.9 – 3.4
123 Timor-Leste 2.6 3 0.1 2.5 – 2.7
123 Viet Nam 2.6 9 0.5 1.9 – 3.5
123 Zambia 2.6 8 0.6 1.5 – 3.4
131 Burundi 2.5 7 0.9 1.3 – 3.7
131 Honduras 2.5 6 0.3 2.0 – 2.7
131 Iran 2.5 4 0.6 2.0 – 3.4
131 Libya 2.5 4 0.3 2.0 – 2.7
131 Nepal 2.5 7 0.3 2.0 – 2.9
131 Philippines 2.5 9 0.5 1.9 – 3.4
131 Yemen 2.5 5 0.6 2.0 – 3.4
138 Cameroon 2.4 8 0.5 1.9 – 3.4
138 Ethiopia 2.4 8 0.6 1.7 – 3.4
138 Pakistan 2.4 7 0.6 1.3 – 3.4
138 Paraguay 2.4 5 0.4 2.0 – 2.9
138 Syria 2.4 4 0.9 1.4 – 3.4
143 Gambia 2.3 6 0.5 1.8 – 3.2
143 Indonesia 2.3 11 0.3 1.7 – 2.7
143 Russia 2.3 8 0.4 1.9 – 3.2
143 Togo 2.3 5 0.7 1.8 – 3.4
147 Angola 2.2 7 0.5 1.3 – 2.7
147 Guinea-Bissau 2.2 3 0.2 2.0 – 2.4
147 Nigeria 2.2 8 0.4 1.9 – 2.9
150 Azerbaijan 2.1 8 0.4 1.3 – 2.5
150 Belarus 2.1 5 0.7 1.3 – 3.2
150 Congo, Republic 2.1 6 0.2 1.9 – 2.4
150 Côte d´Ivoire 2.1 6 0.7 1.6 – 3.4
150 Ecuador 2.1 5 0.3 1.9 – 2.5
150 Kazakhstan 2.1 6 0.6 1.3 – 3.0
150 Kenya 2.1 8 0.4 1.4 – 2.6
150 Kyrgyzstan 2.1 7 0.2 1.9 – 2.4
150 Liberia 2.1 4 0.5 1.7 – 2.9
150 Sierra Leone 2.1 5 0.2 2.0 – 2.4
150 Tajikistan 2.1 8 0.4 1.5 – 2.7
150 Zimbabwe 2.1 8 0.5 1.5 – 3.1
162 Bangladesh 2.0 7 0.4 1.5 – 2.7
162 Cambodia 2.0 7 0.3 1.6 – 2.4
162 Central African Republic 2.0 5 0.3 1.7 – 2.5
162 Papua New Guinea 2.0 6 0.5 1.3 – 2.6
162 Turkmenistan 2.0 5 0.4 1.7 – 2.7
162 Venezuela 2.0 7 0.2 1.9 – 2.3
168 Congo, Democratic Republic 1.9 6 0.3 1.6 – 2.4
168 Equatorial Guinea 1.9 4 0.1 1.7 – 2.0
168 Guinea 1.9 6 1.0 1.0 – 3.7
168 Laos 1.9 6 0.4 1.5 – 2.7
172 Afghanistan 1.8 4 0.4 1.3 – 2.2
172 Chad 1.8 7 0.1 1.6 – 2.0
172 Sudan 1.8 6 0.2 1.4 – 2.0
175 Tonga 1.7 3 0.2 1.5 – 2.0
175 Uzbekistan 1.7 7 0.2 1.5 – 2.0
177 Haiti 1.6 4 0.4 1.3 – 2.0
178 Iraq 1.5 4 0.3 1.3 – 2.0
179 Myanmar 1.4 4 0.4 1.0 – 2.0
179 Somalia 1.4 4 0.4 1.0 – 2.0

Global Corruption Perception Index 2007

piawaian rasuah di Malaysia

Laporan rasuah oleh Transparency International pada 2005 melaporkan bahawa Malaysia telah jatuh 16 tangga dalam tempoh 10 tahun ini dari tempat ke-23 pada tahun 1995 ke tempat 39 pada tahun 2004.

Kajian pada tahun 2006 pula telah mencatatkan Malaysia dengan index CPI 5.0, jatuh ke tangga 44, dari sejumlah 163 buah Negara dan pada tahun 2007, Malaysia hanya mampu memperbaiki sedikit kedudukannya kepada tangga 43 dari ranking terbawah iaitu 180, berkongsi kedudukan dengan Korea Selatan dan Afrika Selatan. Index CPi Malaysia bagi tahun 2007 adalah 5.1 dengan tahap kebersihan dan keyakinan bebas rasuah pada lingkungan 3.4 – 6.8 dari 10 tahap terbaik.

Lebih menyedihkan, negara yang dipimpin orang Islam yang paling bersih dari rasuah adalah Qatar yang berada di tangga 32 sahaja. Sejahat-jahat Yahudi pun, negara mereka berada di tangga 30. Jiran kita, Singapura pula berada di tempat keempat terbaik di dunia.!

sumber : www.scribd.com/doc/19783285/GEJALA-RASUAH

jenis kesalahan rasuah



Berikut adalah beberapa bentuk kesalahan rasuah secara umum :-

Meminta/Menerima Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

Menawar/Memberi Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

Membuat Tuntutan Palsu
Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.

Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

bentuk-bentuk rasuah

1) Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain

2) Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat

3) Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya

4) Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan

5) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga

6) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi

sumber : 4ayesha.blogspot.com/.../gejala-rasuah-bentuk-kesan.html